Fasiliti

Asrama Samura menyediakan penginapan kepada penghuni putera dan puteri dengan pelbagai fasiliti untuk kegunaan pelajar. Kemudahan yang disediakan sentiasa dinaik taraf dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Dewan Makan Samura
Antara kemudahan yang disediakan ialah mini gimnasium untuk aspura dan aspuri lengkap dengan peralatan untuk beriadah, mesin basuh sumbangan PIBG, mesin basuh berbayar,  ampaian berbumbung, bilik belajar, ruang menonton televisyen, peti sejuk, meja batu di ruang terbuka asrama, lanskap yang diilhamkan oleh para pelajar,  rak kasut, kemudahan menggosok pakaian, putramart dan putrimart. 
Lanskap diilhamkan pelajar

Pelajar memberi cetusan idea untuk menjadikan asrama berkonsepkan Asrama Samuraku, Syurgaku. Semuanya bermula pada tahun 2008 apabila Asrama Putera Samura membuat langkah berani untuk menjenamakan semula Asrama Putera.


Taman antara blok di asrama puteri
Suasana kondusif menenangkan jiwa
Taman antara blok di asrama putera
Menjadi alternatif pelajar untuk berehat dan belajar


Suasana yang tenang, bersih dan ceria menjadikan asrama sebagai tempat yang sesuai untuk berehat selepas seharian suntuk belajar. Penghuni asrama mempunyai tugasan yang telah ditetapkan untuk memastikan kamar (dorm), taman dan bilik-bilik khas lain terjaga rapi.
Bilik Belajar Asrama Putera

Ruang menonton televisyen di asrama putera
Ruang menonton televisyen ini diletakkan di tempat terbuka bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga waktu. Ruang terbuka ini dilihat lebih santai supaya pelajar dapat melepaskan tekanan selepas penat belajar.
Mesin basuh sumbangan PIBG








Mesin basuh percuma disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Samura (PIBG) yang sentiasa membantu pihak sekolah menyalurkan bantuan kewangan bagi kemudahan dan kebajikan pelajar. Tahun 2012 juga menyaksikan pertambahan mesin basuh berbayar sebagai alternatif pelajar dalam menguruskan diri.








Bilik Gerakan Warden @ BGW @ Bigiwad 
Bilik Gerakan Warden (BGW atau lebih dikenali di kalangan guru dan pelajar sebagai BIGIWAD) merupakan bilik operasi para warden dan tempat rujukan pelajar apabila berada di asrama bagi merujuk kepada warden yang bertugas pada hari terbabit. BGW adalah satu titik pertemuan atau "rendezvous" bagi komuniti Samura.


Mini Gimnasium di asrama puteri disediakan untuk membolehkan pelajar puteri beriadah walaupun ketika hari hujan.










Begitu juga di asrama putera, Mini Gimnasium turut disediakan dan akan sentiasa diperbaiki dan dinaik taraf.














Bilik Belajar Asrama Puteri

Taman Refleksologi di asrama putera


Mini Gimnasium asrama puteri

Kemudahan telefon awam di asrama


Pelajar menggunakan kemudahan mesin basuh percuma

Klinik Panel Samura


Pelajar mendaftarkan diri sebelum pergi ke Klinik Panel Samura tepat jam 8.00 malam setiap hari di BGW



BUDIMAN
BESTARI
PUJANGGA

SARJANA











PUTRIMART DI ASRAMA PUTERI MERUPAKAN PUSAT JUALAN YANG DIURUSKAN OLEH PELAJAR BAGI MEMENUHI KEPERLUAN ASAS PELAJAR HIDUO DI ASRAMA.












 PUTRAMART merupakan nadi pencetus kepada penubuhan Putrimart. Aktiviti jualan yang dijalankan di asrama putera melalui Putramart mendapat sambutan luar jangkaan sehingga menjadikan Putramart tempat rujukan pelajar untuk melepaskan lapar dan dahaga pada waktu malam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.