Galeri Asrama

Cuba teka lokasi pemain cilik ini menunjukkan bakatnya di asrama.
Samura amat terkenal dengan aktviti kebudayaan dan warisan sehingga sudah menjadi sebati dan sejiwa dengan pelajar samura. Maka, tertubuhlah kumpulan-kumpulan kebudayaan di Samura seperti kumpulan gazal, gamelan, angklung, cak lim pong, zapin, keroncong, kuda kepang, koir, nasyid, lagu puisi, dikir barat, teater muzikal dan pelbagai lagi bentuk persembahan kebudayaan.
        Bayangkan, dalam batasan waktu yang penuh dengan program akademik, kelas prep, kerja rumah, majlis sekolah dan lain-lain, guru-guru dan pelajar-pelajar berkenaan terpaksa mencari ruang masa untuk merealisasikan etos dan watak Samura yang tercinta. namun bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, sudah pasti kerana minat mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi, penat lelah dan segalanya ditolak ke tepi.
 Jom kita ke satu lokasi yang menjadi tumpuan pelajar lelaki yang mengikuti latihan nasyid dan aktiviti kelab nasyid. Bilik ini asalnya adalah sebuah stor tempat menyimpan katil, perabot asrama yang yang rosak dan tidak terpakai. Hasil usaha dan idea guru pembimbing dan penasyid Samura, maka bilik yang suatu masa dahulu hanya sebagai stor, berjaya diubah suai dan dijadikan Studio Nasyid untuk pasukan nasyid dan ahli kelab nasyid menjalankan aktiviti.




STUDIO NASYID ASRAMA PUTERA







Studio Nasyid ini dilengkapi dengan sistem siaraya khas untuk sesi lathan kumpulan nasyid Samura. Bilik kondusif ini turut menjadi tempat mesyuarat dan perjumpaan ahli-ahli kelab nasyid setiap hari rabu (waktu aktiviti kelab dan persatuan). Guru Penasihat Kelab Nasyid akan memantau dan memastikan pelajar tidak menyalahgunakan fasiliti yang diberikan.









Sekarang, mari kita lihat pula situasi pelajar di Dewan Makan Samura. Konsep "sharing is caring" diterapkan walaupun ketika menjamu selera di dewan makan. Pelajar menikmati makan tengahari mengikut kamar (dorm) masing-masing.































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.