Berita Asrama

Ahli Rumah Budiman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat kembali kepada kumpulan pelajar ke-29 yang telah kembali ke Samura pada 3 Januari 2012 (Selasa) yang lepas. Wah! Begitu bersemangat dan kelihatan semua pelajar putera dan puteri berseri-seri bagi memulakan sesi persekolahan tahun ini. Sudah pasti, kehadiran anda semua membuka lembaran baru untuk Samura melakar kecemerlangan bersempena tahun baru ini.
Guru Samura memang gagah perkasa memikul beban tugas yang berat
Persoalan popular yang meniti di bibir pelajar kali ini ialah "Eh! Ko dah siap kerja rumah belum?", ""Weeii aku nak pinjam add math ko eh!", atau "Abislah! English Homework aku tak siap lagi" kerap kali kedengaran dan pelajar sudah mengatur strategi untuk menyiapkan kerja rumah di saat akhir. Syabas dan tahniah kerana kami tahu pelajar Samura memang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir! Namun sikap suka menangguhkan kerja ini dilihat sebagai satu sebab utama mengapa pelajar sering ketinggalan atau keciciran dalam kelas. Diharap selepas ini pelajar semua dapat belajar daripada kesilapan dan tidak menangguhkan kerja yang diberikan. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Betul tak?.
Puteri Sarjana
Namun, tidak kurang juga yang agak terkejut apabila memasuki kamar (dorm) masing-masing. Keluhan dan rungutan kedengaran apabila melihat terlalu banyak kerja yang menanti untuk menjadikan kamar sebagai tempat paling kondusif untuk berehat. Oleh itu, pelajar perlu sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup ini. Semuanya memerlukan kesabaran, kesungguhan dan tidak mudah putus asa dalam mengejar impian dan cita-cita.
Putera ceria Bestari
Sudah pasti, sekembalinya pelajar ke samura kali ini dengan penuh rasa takut dan berdebar. Tahun lepas mereka masih merasakan tidak mengapa untuk mereka mengambil masa yang lama menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah berasrama penuh. Namun tahun ini, mereka sudah merasakan betapa tertekannya menjadi seorang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi!
Kehebatan Puteri Pujangga
Bayangkan program akademik sudah pun bermula seawal minggu pertama. Ingatlah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh itu, kita wajar mengikut pesana pengetua bahawa kita bukan kerja menepati masa, namun untuk menjadi insan hebat, kita wajib kerja mendahului masa.
Pejuang Sarjana
Puteri Budiman
Minggu awal persekolahan juga menyaksikan pelajar tingkatan 5 diwajibkan reorientasi yang dikendalikan oleh kaunselor Samura. beberapa sesi perjumpaan diadakan antara pelajar dan guru Sistem Rumah, guru disiplin dan Majlis Warden Samura. Sesi bersama warden menjadi amat gamat dan meruntun jiwa apabila "slide" yang ditayangkan memaparkan "cara hidup" sebenar pelajar Samura. Para warden telah melakukan "spot-check" pada malam sebelumnya dan mendapati keadaan kamar berada di bawah tahap memuaskan.
Putera Pujangga

11 Januari 2012 (Khamis): MESYUARAT RUMAH juga telah berjaya dikendalikan oleh Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah. Guru-guru penasihat rumah juga telah sama-sama menghadiri mesyuarat tersebut dan ahli-ahli rumah berpadu tenaga merancang strategi rumah masing-masing. Suasana gamat dengan lagu dan sorak rumah menyebabkan Samura tidak ubah seperti sedang berperang di medan juang.

Puteri Bestari






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.