Secalit Tinta


Kata alu-aluan Pengetua
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat melayari laman sesawang asrama SAMURA. Pada kesempatan keemasan ini saya merakamkan jutaan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa asrama SAMURA yang telah membina laman sesawang khas untuk asrama. 

Adanya laman ini diharapkan dapat memberi  gambaran jelas kepada semua pengunjung laman sesawang ini tentang keadaan prasarana di asrama SAMURA.  Bagi bekas pelajar SAMURA pastinya akan dapat membeza banding prasarana kini dan sebelum ini. Pastinya peningkatan prasarana ini akan dapat mewujudkan suasana kehidupan di asrama yang lebih kondusif kini dan pada masa akan datang.  Antara kemudahan yang telah tersedia sebelum ini termasuklah mini gimnasium untuk aspura dan aspuri lengkap dengan peralatan untuk beriadah, mesin basuh sumbangan PIBG,  ampaian berbumbung, bilik belajar, ruang menonton televisyen, peti sejuk, meja batu di ruang terbuka asrama, lanskap yang diilhamkan oleh para pelajar,  rak kasut, kemudahan menggosok pakaian, putramart dan putrimart.

Tahun 2012 pula pihak sekolah menyediakan mesin basuh layan diri bagi kemudahan semua penghuni asrama. Jagalah, gunakanlah semua kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin secara berhemah.

Pada masa yang sama pihak pengurusan sekolah mengharapkan agar tiada peristiwa negatif  berlaku di asrama demi imej diri, sahsiah diri, jati diri pelajar SBP yang bermaruah tinggi.  Semarakkanlah konsep Keluarga SBP yang merupakan transformasi kehidupan di asrama. Sesungguhnya disiplin diri pelajar  yang tinggi dan berkualiti adalah kunci kepada kejayaan sekolah. 

Majukanlah, kekalkanlah, serlahkan kualiti kejayaan dalam semua aspek pendidikan demi Membangun, Melestari dan Melonjakkan SAMURA sebagai SBT ( Sekolah Berprestasi Tinggi ). 

“Angkasakanlah nama SAMURA di persada dunia“ dan sesungguhnya SAMURA  NAMAMU SENTIASA TERJULANG.

Hj. Samian bin Sawiyo
Pengetua SM Sains Muar.


PN.HJH NOOR' AINI BINTI IBRAHIM

PENOLONG KANAN SM SAINS MUAR, LEDANG JOHOR



EN. MOHD AZMAN BIN ABDUL HAMID
 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SM SAINS MUAR, LEDANG JOHOR



 

TN. HJ JAAFFAR BIN IBRAHIM
 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SM SAINS MUAR, LEDANG JOHOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.