Tips Kehidupan di Asrama

Kehidupan di asrama sudah pasti mengundang pelbagai persoalan apatahlagi pelajar yang menjejakkan kaki buat kali pertama. Sudah pasti, perasaan gembira mengatasi segala-galanya apabila permohonan memasuki ke sekolah berasrama penuh diterima. Maka, pelajar mula sibuk membuat sedikit "kajian" untuk mengetahui latar belakang sekolah yang akan mereka daftarkan diri.

Antara kaedah mudah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sekolah yang akan mereka belajar adalah melalui kaedah "soal selidik". Guru-guru, sekolah, rakan-rakan mahupun saudara mara akan ditanya untuk mendapat sedikit gambaran tentang sekolah yang akan dibuni kelak.
Malah ada yang menggunakan cara pantas seperti menggunakan INTERNET bagi mendapatkan gambaran sebenar. Lebih mudah dan lebih dipercayai kerana sudah pasti pelajar akan dapat menilai sendiri melalui gambar-gambar atau video yang boleh dilihat dalam sesawang yang mempunyai kaitan dengan sekolah atau asrama terbabit.

Dalam konteks SAMURA, saya mendapati pelajar lebih cenderung kepada membuat "tanggapan awal" atau meletakkan jangkaan tinggi melangit terhadap apa yang Samura dapat berikan kepada mereka. 

Mereka lebih beranggapan bahawa Samura bukan sekadar SBP tetapi dianugerahkan SBT dan guru-gurunya akan memberikan yang terbaik buat mereka. Ya! Memang betul pihak sekolah dan guru-guru memberikan yang terbaik. Namun tanggapan bahawa semuanya akan "diberikan" oleh pihak sekolah atau guru dengan mudah amatlah tidak betul dan tidak adil.


Mengapa? Persoalan ini akan terjawab dalam ruangan akan datang. TUNGGU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.